Monday, October 19, 2009

SYUKRAN JAZILAN...

Salam...

Pejam celik, pejam celik...hari yg aku nanti-nantikan selama ni da pon tiba. Ari khamis yg lepas (15hb Oktober 2009), selamat la aku menerima segulung ijazah drpd DYMM Seri Paduka Baginda, Yg Di-Pertuan Agong Sultan Mizan.

Agak2 setahun stengah lbey kurang aku belajar dlm bidang Pengurusan Hospitaliti, akhirnya merasa la jgk aku menatap sehelai kertas keras yg diiktiraf sebagai 'Master Certificate'. Alhamdulillah...

Sebenarnye, mmg da terpahat dlm hati aku since wat diploma lg utk study sekurang-kurangnya sampai level master. So, la ni cita2 aku da tercapai la nampaknyer. Hehe!

Nway, sepanjang 3 tahap pendidikan yg telah aku tempoh setakat ni (Diploma, Sarjana Muda & Sarjana), tahap sarjana ni semmgnya memberi makna yg mendalam dlm hidup aku.

Kenapa? ....

Pertamanye, mcm yg aku da bgtau td, master ni mmg cita2 aku semenjak wat diploma lg


Kedua, pd aku pendidikan level master ni benar2 menguji kemampuan aku utk berfikir secara kritis. Segala persoalan perlu dinilai & dianalisis secara bijak & berhemah. Bukannye main sebut jer tanpa pk panjang.

Then, x ramai yg yakin sbnr nye dgn kemampuan aku utk sambung blaja drpd bachelor ke master nih. Sbb nyer aku br pas 'accident', cgpa bachelor lak x ngancam lansong (2. sumting jer). So, faktor2 itu memberi gambaran kpd org sekeliling yg aku belum cukup bersedia utk amik master. Tp,
alhamdulillah...sepanjang 3 sem aku blaja, pointer yg aku dpt, CUKUP utk lepaskan keperitan aku berjalan kaki menggunakan kedua-dua belah kaki yg br je patah. Huhu!

Kekurangan keyakinan drpd elemen sekeliling jgk la yg mencabar diri aku utk buktikan yg persepsi tu tersasar sebenarnyer. Huhu!

Papepon, aku nk amik kesempatan ni utk ucapkan 'time kasih' kpd sumer yg pernah menyumbang kepada pencapaian
aku setakat ni. Samada secara sedar atau tidak, jasa2 kalian x mungkin dpt aku balas setimpalnye.

Skang baru la ku sedar kenapa Nabi soh kita belajar sampai ke 'Negeri China'. Sbb 'semakin bnyk yg kita belajar, semakin bnyk yg kita x tahu sebenarnyer'. So, jom la kita menuntut ilmu utk diri sendiri & demi agama, bangsa & negara. Pergh!

Aku? Tgh bersiap sedia di ambang PhD, demi menyahut seruan Ilahi & Nabi di samping menguji kemampuan diri..hihi! K
APISH!

Saturday, October 10, 2009

BROTHER McD & BUDI...



Salam...

Lama sudah aku x menghiraukan ruangan ni. Keadaan yg sibok manjang, masa yg sentiasa dipenuhi dgn mcm2 pengisian, bulan puasa & raya yg penoh dgn 'keajaiban' dan x lupa gak dgn keadaan aku yg sikit
'tertekan'. Huhu! (Bese la tuh. Kalo x tertekan, bukan manusia namanya...tol ak?).

Sume yg aku senaraikan td masing2 punyer saham tertentu dlm usaha utk mengelakkan aku meluahkan rs hati di ruangan yg kurang tumpuan neh. Papepon, I'm back now, with a new determination to recover back all the frustration.

Bahang hari raya dah semakin kurang dirasa. X seperti golongan kanak2 ataupon budak2 yg memerlukan masa sebulan utk sambut hari ry, golongan belia mcm aku ni rs nyer akan beranggapan yg ry itu cuma sehari lamanya. Pastuh kita da kena mem
ikirkan tentang ms depan dah. Haha!

So, aku meneruskan kerja2 part time aku cam bese. Pagi g ngajar tuition, tgh ari smpai petang wat keje2 research & mlm lak g ngajar tuition lg.

Nk dijadikan citer, mmg la x disangka2, 'mosquito' yg aku tunggang bley lak 'pengsan' pd waktu mlm (agak2 la kalo nk 'pengsan' pon...mana la ada 'klinik@hospital' yg bukak memalam nih).

Tp, x per!
'Mosquito lapuk' tuh aku tuntun sambil mata melilau usha2 workshop yg bukak.

Dan dikala beribu-ribu pasang mata hanya sekadar melihat & memandang gelagat aku tuh, ada la sorang brot
her nih yg pd aku mmg la mulia hatinya...

Tanpa se
gan silu, pertolongan ditawarkan dan akhirnya sampai la jgk aku ke kedai moto yg pintunya da tutup separuh. Dan brother McD td tanpa mengharapkan balasan blah bodoh camtu jer..(x sempat pon aku nk ucap time kasih).

Papepon, time kasih aku ucapkan pd brother tuh. Semoga dia dpt pahala besau dr Allah SWT. Konpem!

Dan mulai ari tuh, aku bertekad utk mkn McD paling kurang pon sekali sebulan kerana da melahirkan imej sosial yg begitu cemerlang melalui pertolongan brother tuh td. Huhu!

"Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung daik bercabang 3, hancur badan dikandung tanah, budi yg baik dikenang jua".

Aku? Mahu jd insan yg berbudi, berbahasa & berjasa..KAPISH!