Thursday, August 27, 2009

Antara the 'Red Devils' & the 'Gunners'

Salam...

Tension!! Pressure!! Tekanan Perasaan!!

Aku percaya, sumer org penah merasa keadaan2 tuh. Pd aku bese la tuh, x mungkin yg hidup kita akan sentiasa ceria, suka-gembira tanpa ada rs duka, gundah-gulana. Tol x? Huhu!

Ats dasar itu, aku rs ramai org punya cara masing2 utk melepaskan segala kerumitan & kekusutan yg berserabut dlm pemikiran. Hehe! Ada yg g memancing, clubbing, baca komik, pergi melancong...etc.

Dan ada gak di kalangan kita yg amik jalan extreme, cam telan dadah, belasah org, BERZINA...mcm2 lg la.

Aku pon sbnr nyer x dpt nk melarikan diri drpd tension & tekanan neh. So cara aku utk hilangkan nya? JOM TENGOK BOLA!!! Huhu!

Dmm BPL da dtg blk dah. Sama gak ngan liga bolasepak antarabangsa yg lain cam La Liga, Serie A... etc.

Musim bolasepak M'sia lak br nk masuk kempen Piala M'sia. Harapan aku pd bolasepak M'sia? Semoga pemain2 M'sia akan bg lebih tumpuan dlm latihan utk menajamkan pikiran. Pd aku pemain M'sia da cukup bgs da. Cuma mereka neh cam x dpt nk b'pk secara bijak ms dlm 90 minit permainan. X de kreativiti & inovasi. Sebaliknyer masing2 hanya tahu cane nk sepak bola tanpa tahu cane nk bermain permainan bola sepak (renung-renungkan la...).

Kembali ke kancah BPL - Minggu neh mmg sgt2 dinantikan. Pertemuan klasik antara 2 seteru utama. Masing2 mmg da dikenali sbg kuasa besar kelab bolasepak dunia. X lain x bukan, Manchester United FC (the Red Devils) & jugak Arsenal FC (the Gunners).


Pertembungan kedua2 kelab neh mmg la menerujakan. Masing2 gah dgn rekod permainan yg mmg membanggakan sehinggakan sukar utk mana2 penganalisis bolasepak mengemukakan firasat & pandangan.





United br sahaja kehilangan 2 pemain utama. Bekas ayam tambatan, Cristiano Ronaldo da pon berhijrah ke kelab Real Madrid. Real akhirnya berjaya mendapatkan Ronaldo dlm usaha diorg nk hidupkan era Galacticos Gelombang ke-2 (Galacticos la sgt!!!!) . Selain Ronaldo, Kaka, Benzema, Xabi Alonso, masing2 pon da menyarung jersi yg sama.



Selain Ronaldo, United kehilangan gak Carlos Tevez yg selalu kempunan nk berada dlm 1st Eleven. Tevez da pon membawa diri ke kelab jiran Man U, Manchester City FC yg dilihat seperti Real, cuba memancing pemain2 ternama masuk ke dalam squad tuh. Antaranye Emanuelle Adebayor dr Arsenal FC, Gareth Barry dr Aston Villa FC, Joleon Lescott dr Everton FC & bnyk lg lar...(bnyk duit la katakan).


Namun aku ttp rs yg impian Tevez utk selalu turun dlm 1st eleven x kan jd kenyataan. Barisan bintang Man City da terlalu ramai. Kecuali la Tevez mampu score setiap kali dia bermain. Huhu!

United nyata rindu ngan sentuhan Ronaldo & keajaiban Tevez musim nih. 1st game hanya menang 1-0 ngan Birmingham City, KALAH 1-0 ngan muka baru Burnley & latest kenduri gol, menang 5-0 ngan Wigan Athletic. Maka jelas, United masih terumbang ambing dengan Berbatov yg br nak sesuaikan diri ambik alih tempat Ronaldo sbg playmaker, & Luis Antonio Valencia yg belum lali lg dgn corak permainan Man Utd. Tambahan plak, Rio Ferdinand konpem x turun sbb injured & Van de Sar yg still lom konpem turun sbb injured gak. Tp ManU masih ada Rooney yg da score 3 bijik & Owen yg kembali MENGGEGAR gol lawan minggu lepas.













Arsenal lak hanya kehilangan Emanuelle Adebayor yg x la hebat sgt masa kat kelab tuh. So x terasa sgt arr. Yg penting Arsenal masih punya Fabregas, Arshavin & Eduardo yg br pulih dr kecederaan pth kaki.
















Dr segi rekod musim ni lak, nampak Arsenal yg paling selesa. Menang semua game BPL (Monang Bosar) dan layak secara mudah ke Champions League setelah kalahkan Celtic. So, diorg mmg pasukan pilihan.

Tp...Fabregas yg cemerlang sbg playmaker dikhabarkan injured & Arsenal lak pegang kad pelawat kerana bakal bermain di Old Trafford, kubu keramat Man Utd. Player2 Arsenal majoriti nyer muda2 & masih lom bijak mengawal gemuruh dlm permainan2 penting seperti yg bakal berlansong weekend neh.


Papepon, 2-2 kelab ni mmg aku suka sbb prinsip Alex Ferguson (the Master) & Arsene Wenger (the Professor) yg sentiasa develop player2 mentah menjadi SUPERSTAR. Tidak seperti Chelsea, Manchester City, Real Madrid yg mencari jalan mudah utk menjadi juara dgn membeli player2 yg sudah pon bertaraf bintang. Ronaldo x kan hebat tanpa Ferguson & Fabregas is nothing without Wenger.



Aku? Mahukan 'glory2' kali ke-4 berturut-turut. Go Man Utd!!! Huhu! KAPISH!




MANCHESTER UNITED vs ARSENAL
Sunday - 30/08/09
12.15 am
(local time)

Channel Astro 812 - ESPN





No comments:

Post a Comment