Tuesday, July 28, 2009

The 2nd Chance

Slm...
Alhamdulillah! Da 26 thn aku sedut-hembus oksigen, kembang-kempiskan idung, pejam-celikkan mata dll. Sepanjang tempoh ms yg lama lg panjang tu, mcm2 da rs nyer yg aku tempoh. Ada yg boley jd kenangan, ada gak yg boley jd pengalaman yg sememangnya memberi pengajaran kerana mampu menjelma sebagai 'tongkat' mahupun 'torchlight' panduan dlm usaha aku meraba-raba mencari nilai kehidupan yg bernafsukan keberkatan dr DIA yg maha menentukan...(fuh!).


Tp sebenarnye 26 tawun yg dianggap lama lg panjang tempohnyer itu masih lg kerdil magnitud nyer kalo nk dibandingkan dgn org2 lain yg terlebih dulu sedut-hembus oksigen, kembang-kempiskan idung, pejam-celikkan mata dll. Senang citer, mereka yg lebih awal mengetahui yg bahawasanye garam itu masin sebelom aku tau akan lumrah dunia tersebut. Huhu! Dan 26 tawun itu jugak akan jd makin cilik kiranya aku mensia-siakan pengalaman yg x bley nk dilekatkan 'tag harga' ini, dgn amalan2 yg x mampu nk meluaskan experience yg sedia ada. Jd nyer, aku sentiasa mengharapkan kemajuan dlm kehidupan hari ini adalah lebih baik dr yg semalam & yg esok lebih 'advance' dr yg kurangnyer hari ini.

Namun proses yg aku gambarkan x kan 'real' kiranya berlansong di atas highway yg luas, yg memungkinkan segalanya dilaksana dgn mudah & ringkas tanpa adanyer tol yg bertindak sbg halangan & cabaran yg 'keras' (apa yg aku mengarut neh?). Huhu! So far, pengalaman2 tuh aku gunakan BUKAN utk mengenali dunia, tp lebih kepada berkenalan dgn diri sendiri, mengenal pasti titik tanda kelemahan & kelebihan diri supaya lebih bijak di kemudian hari & yg pasti, segala yg aku dpt menyedarkan aku betapa picisan nyer diri ini kalo nk dibandingkan dgn DIA yg maha mengetahui. (ish..ish..ish).

Dugaan paling berat penah aku rs bler nyawa da di ambang maut. Rs cam melayang-layang je roh ni mencari jasad. Kengkadang meronta-ronta mencari 'jln keluar' dr dunia yg aku x dpt pastikan. (Masa tuh rs nyer cam ada kat Korea, tp pelik gak bila plak aku beli tiket pegi sana? Aduyaiii!!!).



Alhamdulillah! Aku diberi peluang ke-2 spy dpt mengatur hidup sebaik-baiknyer agar di dlm kubur nanti wajah ku gumbira-ceria bukannya masam-mencuka. Papepon, kehidupan adalah perjuangan. Perjuangan apa? Hanya 'hidupan' itu jer yg bley tentukan. Terserah sama ada nk mengasingkan dunia dan akhirat ataupon nk mengejar kedua-dua nyer seperti yg DIA perintahkan, seperti yg nabi tunjukkan. Aku? Masih mengejar cita2 (lepak syurga) & mencari cinta (nafsu dunia). KAPISH!

ps: Gambar tuh aku curik dr ikhsan nyer blog. Thanx San sbb abadikan kenangan tuh dlm hp ko...Hihi!

1 comment:

  1. Lan sesungguhnya Kuasa Allah itu mmg besar...
    Xdapat diucap dengan kata2 ...

    ReplyDelete