Da jd lumrah utk aku spend ms lapang dgn nonton TV. Dr kecik sampai la skang neh, aku sentiasa rs yg tgk tv tu penting. Huhu! Bukan apa, drpd TV aku rs kita bley tambah pengetahuan, mencari idea baru & yg paling penting menilai perihal kehidupan yg semakin complicated dr masa ke masa.
TV aku jd kan sbg 'GPRS' atau cermin yg mampu bgtau dimana kedudukan aku skrg neh. Adakah aku suda jauh kebelakang berbanding org2 lain, masih berada di takuk yg lama tanpa ada pembaharuan yg meyakinkan utk masa dpn atau pon semakin gah di depan meninggalkan mereka yg ketinggalan.
Bila da syok sgt nonton TV, terperasan la plak satu iklan 'tut' (kalo bgtau iklan apa tkt kena saman lak nanti) yg pd mulanya mmg wat aku gelak BESAU. Nk2 plak masa nenek tuh b'lakon. Huhu! Tp bila da selalu sgt tgk iklan tuh, t'pk plak yg iklan tuh seperti suda membina satu konsep kehidupan yg aku SANGAT-SANGAT la X SETUJU!!!
Kebanyakan siri iklan tuh seperti menggambarkan kpd kita yg KAYA itu adalah KEJAYAAN mutlak & MISKIN itu disama ertikan dgn KEGAGALAN. Ini mmg jelas 'lari' or terkeluar dr landasan Islam yg sebenarnya. Sbg muslim kita ptt sentiasa tanamkan dlm hati yg KEJAYAAN MUTLAK ialah GANJARAN SYURGA di akhirat kelak. Bukan nyer kekayaan harta benda & material yg sifat nye x lama kat dunia neh.
Nabi Muhammad sendiri dijadikan Allah sbg seorang yg miskin, X berharta. Jelas la kat sini yg KAYA itu bukan kriteria utama utk tentukan kejayaan seseorg. Papepon, X salah sbnr nyer nk jd kaya tp jgn la kaitkan dgn KEJAYAAN. Nampak cam org yg MISKIN itu da GAGAL la plak.
Bila da selalu sgt dipropagandakan yg org KAYA itu ialah org yg BERJAYA, rs nyer x mustahil kalo kita sumer nanti akan lupakan pasal dosa-pahala sebalik nyer lebih pentingkan DUIT & HARTA. Mungkin company yg wat iklan tuh x pasan, so aku tolong la ingatkan. Hehehe!
No comments:
Post a Comment