Sunday, July 26, 2009

Aku & Kehidupan

7hb Julai lepas, GENAP la umur aku 26 thn. Hmmm...Naseb bek 26. Bley la jd GENAP. Next year kalo da jd 27 thn, x kan aku nk taip "...GENAP la umur aku 27 thn". No 27 tu bukan no GENAP, no GANJIL sbnr nyer. Tp x kan la aku nak taip “...GANJIL la umur aku 27 thn”. GANJIL la plak bunyi nyer. Huhu!


Hidup ini Satu Perjudian”. Btol ke? Aku rs kalo hidup ini satu perjudian, haram ler maksud nyer. Huhu! (Cam pelik je bunyik nyer). Ramai stuju yg perjudian tu mmg bergantung pd nasib. Kdg2 untung, kengkadang rugi. Of course, kita sekejap dok kt atas, kejap lg dok kat bawah. Tp x bleh la nak samakan ngan perjudian. Sama ada kat atas or kat bwh, kedua-dua nyer kan COO-BAA-AAN.


"Hidup ini Satu Perjuangan". Itu lebih baik kot. Berjuang utk mendapatkan tempat terbaik di akhirat kelak. Dgn menggunakan Al- Quran yg Allah bekalkan di samping Sunnah yg Nabi tinggalkan. Ada lak lg golongan2 yg berilmu pengetahuan yg mengajak kita berfikir menggunakan akal fikiran demi mendapatkan satu keputusan samada nak lalu Sirotol Mustaqim (jln yg lurus) atau pon nak lalu jln yg bengkang bengkok.

Kita sumer lom tau lg penghujung or 'final scene' memasing. Samada happy ending atau bad ending, cita2 tercapai atau tidak, hajat kesampaian atau tersekat. Sumer nye still lg samar2. Happy ending x kan sesuka ati dtg kalo kita x de intention nk kejar. So memasing kena la BERJUANG demi matlamat yg diimpikan. Sesape yg semangat juang nyer lemah, sng gler setan nak mengaco, nak bg kita quit. Tp bg yg kuat semangat, nothing is impossible. Maka terjadi la peristiwa kura2 bley menang lumba lari ngan arnab, org buta bley menang pertandingan menembak. Haha! Ini sumer sbb semangat juang & keinginan diorang yg mmg mantop! X penah nak ngaku kalah & x der rs nak komplen bila halangan di depan tersangatla besau.

Di mana pon kita, kehidupan tu x kan best kalo x der mende yg nak diperjuangkan. "Sebuah perjalanan tu x kan lengkap tanpa berbekal kan secubit perjuangan", ini AIE yg bgtau dlm karya dia (AKU DAN SESUATU). Brader ni smbg lg, “perlu ke berjuang? Perlu ke trus berjalan kalo lorong yg bakal kita tempoh tu belom pasti penghujung nye?" (Cewwah!). "Kamu blom lalu, macam mana nak dikatakan belom pasti? Sesuatu yg bakal kamu tempoh, kamu jadikan ia perjuangan & sesuatu yg telah kamu tempoh, kamu jadikan ia sebagai pedoman sebuah perjalanan. Di penghujung jalan perjuangan itu nanti, kamu akan sedar bahawa semua benda yg bersifat baru ada awal dan akhir nya. Jadi, kenapa perlu takut utk berjalan?”. Pergh!!!! Dlm maksud brader nih. X mampu aku nak ulas pnjg2. Bak kata Nabil Raja Lawak Astro, “Lu Pikir La Sendiri!”. Huhu!Papepon, kita kena la selau berTAQWA, berUSAHA, berDOA & berTAWAKAL. Redha ngan ujian dr DIA. InsyaAllah! Kalo x berjaya kat dunia, akhirat nanti lepak syurga la kita. Aku? Masih merangkak-rangkak mencari wadah perjuangan. KAPISH!

No comments:

Post a Comment